Archive for October, 2005

bad day…

Saturday, October 22nd, 2005


21 October 2005,12.30 p.m

Terima kasih kerana pernah menjadi kawan   selama ini

Terima kasih kerana pernah menganggap Qin sebagai seorang
kawan  ..

Ada orang menyedarkan aku,aku bukan baru tersedar…

Dia menyatakan aku menyakitkan hatinya dengan kata-kata
aku..

Dia kata aku bercakap bahasa sial dengan dia…

Dia kata “aku tak suka ko laa…”

“ko ni dari dulu tak pernah berubah”

“ko ni suka buat sakitkan hati aku jerr…”

“dah ler dulu minta putus dengan aku…”

Perlukah aku khabarkan pada satu dunia apa yang aku rasa?

Perlukah aku khabarkan pada satu dunia ape yang pernah aku
alami?

Perlukah aku khabarkan pada satu dunia ape yang pernah aku
miliki?

Perlukah aku khabarkan pada satu dunia ape yang pernah aku
buat?

Aku adalah manusia yg teruk…

Sebab aku berasa hati dengan kawan baik aku sendiri..

Aku tak berhak nak tahu psal kawan baik aku…

Aku jahat sebab bergaduh dengan kawan baik aku(bilanya aku
gaduh dgn dia??)

Hanya sebab aku mendiamkan diri, kawan baik aku anggap aku
dah buang dia??

Sedangkan aku yang menangis di sini di dalam hati dan dan di
mata..

Aku yang kena memahami situasi kawan baik aku yang
terperangkap di antara “pakwe baru” kesayangan dan aku “kawan baik” dia??

Aku seorang yang pentingkan diri sendiri bila kau tak
endahkan sms dr kawan baik aku yg memohon maaf atas ape yg berlaku??

It was my bad day.the most worst day I had..he so proud,so
caring about his new girlfriend..who is he?? He just my friend now n we’ve been coupled before 4 years ago (not really couple at all..)just for a few months..then we
broke up,and later he has a new girlfriend and he broke up again why??go and
ask him laa…and he has a new girlfren again.. who is his new girlfriend?? She
is my bestfriend then..the most friends that I care n love most..i dun feel
betray..i dun mind both of them coupled b’coz I’m happy for my friends. It’s
good for her to have a boyfriend for been suffering of those bad boyfriens she
had before(boyfriends are bad haa??) we always sharing our feeling,thoughts n
our life story..i just want to wish congrats even though she didn’t tell me
about this just a little bit hurt,but it’s small matter I guess..she might not
ready,or she might feel guilty since his boyfriend is my bf before(wakluu!!!i
have no relation wif dis guy) he said I was annoying for feeling such a thing
towards his new girlfriend..i’m a little bit sensitivity..and I’m doing nothing
to his girlfriends..just keep myself..he said..”aku takde hak nak tahu semua
psal kawan baik aku.. why?? Sbb die dah jadi boyfriend die skrg?? He wants to be
so protected haa?? Very gentle,or caring enough? Very care to his girlfriend
feelings..wow! so great haa?? Anyone,plsz don’t u think he so awesome??
Hahahahahahhaha..damn it!.

I told to calm down b’coz this matter is between me n my
bestfriend..but he pretends that I wasfight with his girlfriend..”aku sayang
awek aku” mesti aa aku marah,pg la lu..!! dia kata aku cakap menyakitkan hati
dia..aku cakap nak marah2..,aku cakap bahasa sial dgn dia?? What a
nonsense!..bad tempered guy..dia ingat tu baik sangat?? Nak ungkit psal
aku,kate aku nih tak berubah dari dulu, why he expect me to change?? I have
nothingto do with him..pegi mati aa dgn aku nak berubah ke tak…

I dun expect this to happen,b’coz of this my friendship
goings to end..since I haven’t quarrel wif my bestfriend b4.. a few hour later
she sends me a sms ask for apologize..i didn’t replysince no credit and what
should I say??..it’s ok..aku ok jer..aku tak marah pon,aku tak kisah..ckp laa
ape2 pon,aku tak terasa…gitu?? Nnt t’salah ckp dgn awek org xpsal2 kene marah
lagi..huhu..takut siott!! At nite,I have to think about my bestfriends feelings
even I was hurt..i’m so worry about her so much..so I reply her a sms.. I
couldn’t sleep after that, so I thought I should give her a call to calm myself
n her too..but she just relax,I’m the one who sad most over..huhu,I’m the
stupid one who cares much about.. then I feel like a fool.. hahahahahhaha..aku
yg terlalu fikirkan orang… lewat malam, angin bertiup kencang seolah sebak
yang melanda aku sepanjang hari dan hujan turun dengan lebat tiba2 seolah
airmata yang mengalir laju kesedihan dan berhenti tiba2..seolah olah ia tak
sepatutnya berasa begitu…cool..

true story

Wednesday, October 19th, 2005

From: mujahidah ansarullah <amirul_mukminin83@yahoo.com>
Date: Wed, 16 Mar 2005 02:12:53 -0800 (PST)
Subject: [I_Group] kisah benar…ambillah pengajaran dari kisah ni

Wahai teman-teman sekalian,

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa
yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya
tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari
apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan
kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini
saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu
begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan
sebagai panduan bagi diri saya sendiri
untuk hari-hari
kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk
menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak
mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita.
Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan
kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping
hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang
boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang
paling penting wanita yang amat saya percayai untuk
mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan
lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak
di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa
syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup
saya, dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat
pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang
telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya
ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita
dalam hidup saya kerana saya sejak
dari sekolah rendah
belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang
wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan
pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya
bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki
berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya
hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun
peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama
terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting
di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia
menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami
bermula.

Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh
dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama
stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang
membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat
berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya,
bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang
sentiasa berseri dengan iman dan senyuman,
dan tidak
pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat
sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya
bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum
itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah
yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya
tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia
punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa
dipanjangkan-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat
bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual
seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya
menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya,
itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu
mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya,
tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas
terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya
melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia.
Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu
siap,
saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia.
Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa
bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap
itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan
dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam
siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang
memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu
dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya.
Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama
yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan
rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan
perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah
saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya
kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar
dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan
baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat
bulan sebelum saya balik bercuti ke
Malaysia.
Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan
kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta
agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak
terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan
bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia
bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami.
Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta
tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan
menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat
silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu
ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya
tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius
sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya
pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi
yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven’t found any entry in Islam that permit what
you are doing right now. I
haven’t heard from anyone
that love before marriage is permitted. But I know
there’s no relationship between male and female except
for what is very important and official between them.
So, may I know what kind of relationship you are
having now and I want to hear it from your mouth that
it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a
faithful one, you can never build it on what Allah has
stated as wrong and proven false by the way Rasulullah
p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come
from Allah, and you don’t even have anything to defend
it as blessed if the first step you make is by
stepping into what He has prohibited. You can’t have a
happy family if Allah doesn’t help you so, and you
must know in every family that stands until their
dying day, they have Allah on their side. You can’t
expect Him to help you if
you did the wrong step from
the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar.
Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya
tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri.
Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil
fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan
manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai
cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha.
Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali
perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya
pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang
saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya
tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya
tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk
menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi
memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari
kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:

"It’s not me who want you to make a decision
like
this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia.
Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan
alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air
matanya seakan air sungai yang tidak berhenti
mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat
kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan
hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi
memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh
kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam
keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang
menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan
saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan
lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi
saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah
kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala
kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami
kejar kembali
cita-cita kami dan sediakan diri untuk
menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan
berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali
keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah
sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah.
Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak
pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah
lesu. Ampunkanlah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk
sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya
sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti.
Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri
telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam
seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat
berharga yang pernah hadir dalam hidup saya.
Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur,
sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini,
saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk
menjadi permaisuri di hati
saya. Insya-Allah, saya
akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha
sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan
yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita,
janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah
pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab
berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang
ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib
a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Mafraq, Jordan.

<cerita ni takda kena mengena dgn ana..ana forwardkan
jer..harap maklum>mohsein

amalan berpuasa..

Monday, October 17th, 2005

17/10 amalan ketika berpuasa

SITI NOR BAHYAH MAHMOUD

  1. tak sempat nak dengar…
  2. untuk
         bersahur mestilah tidur dahulu
  3. waktu
         bersahur- jaraknya 50 ayat suci Al-Quran sebelum masuk waktu Subuh (kira2
         30 minit)
  4. tinggalkan
         ucapan/perbuatan sia2 – jgn berbohong,bertengkar
  5. menyegerakan
         berbuka puasa
  6. mendahulukan
         berbuka sebelumsolat Mghrib,jgn tergesa2
  7. berbuka
         dengan kurma
  8. banyakkan
         berdoa ketika berbuka - insyaAllah,doa tidak akan ditolak
  9. pahala
         menyediakan makanan untuk berbuka puasa sama seperti pahala orang yang
         berpuasa tiada cacat celanya
  10. mendorong
         untuk menjadi pemurah dan bersedekah
  11. tingkatkan
         keimanan (soleh)

Muslimah Hadhari..

Monday, October 17th, 2005

KEPERIBADIAN MUSLIMAH HADHARI

AL HIDAYAH OLEH SH.HAYAATI SYED ISMAIL

Tingkatkan kualiti sembahyang :-

- membaca doa iftitah sebelum membaca al fatihah

- “tawa’iz”(saya pon kurang pasti ejaannya) iaitu ‘a’uzubillahiminassyaitannirrajiim’
ayat yang dibaca sebelum membaca bismillahirrahmanirrahiim.

- Berdoa

- Buat tahiyyat awal

- Membaca surah(panjang atau pendek)

- Beristighfar selepas sembahyang

Islam dalam diri wanita- kemajuan yang dibenrkan dalam
islam(masih berpegang pada agama)

Tidak mengenepikan akidah,syariah dan akhlak

SABAR itu ganjarannya syurga..

KELUARGA BAHAGIA..

Monday, October 17th, 2005

15/10 KELUARGA BAHAGIA (43)

DATUK DR. MOHD FADZILAH KAMSAH

Lelaki MACHO mesti ada janggut walau sejemput..

Dan sering senyum 8 kali sehari

Baby yg cute senyum 400 kali sehari dan

Perempuan yang manis senyum 60 kali sehari

Proses menghebatkan diri

  1. cari
         jalan untuk jadikan keluarga yang Allah redhai kerana Allah akan
         menurunkan hidayah
  2. memberi
         contoh yang baik kepada anak-anak
  3. anak-anak
         berkenalan kepada tetamu@rakan ibubapa

bg perkara no 1 banyak perkara boleh dilakukan seperti :

- solat berjemaah

- makan bersama

- membaca Al-Quran

- menerima kehadiran tetamu

- menyebarkan salam

- sentiasa bermaafan

- suami isteri berkasih sayang

- mengajar kepada kebaikan

- menghidupkan sunnah

- selalu menyebut nama2 Nabi

bg perkara no3- anak2 yang soleh akan menyambung
persahabatan kedua ibubapanya yang
telah meninggal.

Apakah sunnah2 Nabi?

Di bilik tidur:

- doa sikat rambut

- doa melihat cermin

- cara menyikat rambut(belah tengah,belah tepi)

- doa berpakaian

- bagi suami isteri,suami tidur di sebelah kanan dan isteri
sebelah kiri(pandangan dr. sisi atas)

- baring mengiring ke arah kiblat

di meja makan

keluar rumah dan sebagainya…

 

25 RASUL

  1. adam
  2. Idris
  3. Nuh
  4. Hud
  5. Saleh
  6. Ibrahim
  7. Lut
  8. ismail
  9. Ishak
  10. Yaakob
  11. yusof
  12. Ayub
  13. Shuib
  14. Musa
  15. Zulkifli
  16. Daud
  17. Sulaiman
  18. Ilyas
  19. Ilyasa
  20. Yunus
  21. Zakaria
  22. Yahya
  23. Isa
  24. Muhammad

Boleh sesiapa btau sorang lagi nama nabi yang tertinggal??

MOTIVASI PAGI

Wednesday, October 12th, 2005

MOTIVASI PAGI – USTAZAH SITI NOR BAHIYAH MAHAMOUD

05/10/05 1 RAMADHAN 1426H

5 anugerah Allah kurniakan kepada orang-orang yang berpuasa

  1. Allah  memandang orang berpuasa dengan pandangan rahmat dan kasih sayang
  2. bau  mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah s.w.t. dari bau haruman
         kasturi
  3. malaikat  mendoakan keampunan kepada orang yang berpuasa
  4. Allah s.w.t. menyediakan syurga dihiasi dengan pelbagai hiasan,makanan dan
         kelengkapan
  5. hanya kepada umat Nabi Muhammad s.a.w.,pada akhir Ramadhan Allah ampunkan dosa
         kita. Amin.

2 kegembiraan bagi orang yang berpuasa :

1.ketika berbuka puasa

2. setelah bertemu dengan Allah s.w.t.

06/10/05

Mohamad Abdullah (pendakwah/syariah)

8 hakikat yang manusia lupa..

  1. yakin Tuhan Maha Berkuasa
  2. mencintai  Nabi Muhammad s.a.w.
  3. islam sebagai cara hidup manusia
  4. (aku lupa la ape die..hehe)
  5. Syaitan adalah musuh manusia
  6. syurga
  7. balasan di neraka
  8. al-Quran sebagai panduan hidup.

DR. FADZILAH KAMSAH(PAKAR MOTIVASI)

KELUARGA BAHAGIA

Solat isthikarah-mohon petunjuk dr Allah

Berdoa- selalu berdoa, minta pertolongan dari Tuhan, Tuhan
tidak suka orang yang sombong..

Solat tahajud

Tiap2 malam baca Al-Quran

Malam jumaat,baca surah Al-Waqiah-> murah
rezeki,insyaAllah.

3 peranan manusia :

1. khalifah Allah

2. agen berubah

3. hamba Allah

Doa supaya senang berubah..

“Buat perubahan”

Semalam adalah sejarah,esok belum pasti..

MOTIVASI PAGI – USTAZAH SITI NOR BAHIYAH MAHAMOUD

10/10/05 6 RAMADHAN 1426H

“Wahai orang-orang yang beriman,hendaklah kamu berpuasa
seperti

Yang diwajibkan ke atas umat terdahulu supaya kamu menjadi
orang2 yang bertakwa

Kepada Allah s.w.t.”

Sejarah dalam bulan ramadhan

  1. Al-Quran  diturunkan pada bulan Ramadhan sebagai panduan hidup di dunia dan di
         akhirat.
  2. 17  Ramadhan thn 2 Hijrah,jumaat pagi – terjadi peperangan Badar Al-Qubra di
         antara 300 org Islam dan 1000 orang musyrik. Berkat ramadhan,iman dan
         taqwa, Allah mengirimkan barisan malaikat untuk mengelirukan pihak lawan
         dan tentera islam menang did alam peperangan itu.
  3. 18
    Ramadhan thn 8 Hijrah – 12 ribu orang Islam bertolak dr Madinah ke Kota
         Mekah bermulanya “pembukaan Kota Mekah”
  4. bulan Ramadhan,thn ke 9 Hijrah, - pembukaan kota Andalusia(sepanyol)

sejarah puasa berkaitan dengan Nabi2

  1. nabi  Adam- berpuasa selama 30 hari 30 malam – bertaubat kepada Allah kerana
    telah memakan buah larangan di syurga. Kita banyak dosa dengan Allah,maka
         hendaklah beristighfar kpd Allah. Orang2 yang bertaubat adalah kekasih
         Allah
  2. nabi  Musa – bila pulang dr bertafakur,dia melihat kaumnya menyembah berhala maka Allah menyuruhnya berpuasa supaya mengembalikan pengikutnya kepada  ajaran asal.
  3. nabi
    Daud – puasa untuk meminta dikasihani,minta simpati dr Allah supaya
         menyembuhkan penyakit anaknya. Kemudian anaknya mati dan nabi Daud  berhenti berpuasa. Tidak lama kemudian,beliau dikurniakan anak yang hebat  iaitu nabi Sulaiman a.s.

just wanna share wif u all guys…

Friday, October 7th, 2005

KELEBIHAN SEMBAHYANG
SUNAT TARAWIH

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada
Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W.
tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan:

Malam 1 -  keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam
pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 -  diampunkan
dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya
(sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 -  berseru Malaikat
di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga
Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - memperolehi
pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat,
Zabur, Injil dan AL-Quran.

Malam 5 -  Allah
kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid
Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 -  Allah
kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur
(70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang
terawih pada malam ini.

Malam 7 -  Seolah-olah ia
dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang
musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 -  Allah
mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan
kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 -  Allah
kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad
S.A.W.

Malam 10 -  Allah swt
mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa
seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12 -  Datang ia pada
hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada
tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 -  Datang
Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya
pada hari Qiamat.

Malam 15 -  Semua
Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya
Allah mengampunkannya.

Malam 16 -  Allah
swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 -  Allah
kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala
Nabi-Nabi.

Malam 18 -  Seru
Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu
bapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 -  Allah
swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 -  Allah
kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang
solihin.

Malam 21 -  Allah
binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.

Malam 22 -  Datang
ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah
dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).

Malam 23 -  Allah
swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.

Malam 24 -  Allah
bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok
sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 -  Allah
Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26 -  Allah
kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun
ibadat.

Malam 27 -  Allah
kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas
atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 -  Allah
swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 -  Allah
swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 -  Allah
swt beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang
teristimewa sekali, lalu berfirman:

“Hai hambaKu: makanlah
segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan
mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air


daripada telaga yang
dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’”.

Selamat berpuasa..

Monday, October 3rd, 2005

hmm…smlm kena flu..huhu..obvious muka mcm org sakit..heran gak tetiba jek,tp dah nak sakit wat camne kan..lpas lunch ,minum air "sabun"(bak kate membe aku)..soluble sebnarnye..lagi teruk lpas minum..aku take rest(tdo la ,ape lagi)..n aku bertuah dpt kawan2 yang baik nih..diorang belikan aku aiskrim cornetto "TOPCHOC"..aku br jek lpas reda selsema..tp since membe dah belikan ,hehe aku belasah jek..huhu..yg pasti,lpas tu baik terus..caye tak?? bkn ape,esok dah nak pose,so melantak le puas2 ape yg boleh dimakan..nnt dah xleh mkn..kena pose.. esok dah start pose,so mlm nih mula lah p terawih… puasa n terawih last sem kat utm nih..huhu..so di bln yg baik nih,same2 lah kita gandakan amal ibadat yerr..semoga amalan kite diterima Allah s.w.t. kepada kawan2 aku, aku ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa dengan sempurna,insyaAllah.. jadilah baik sikit  pd bulan ni yer, yg rase2 jarang mengaji tuh,so ngaji la sikit2 lepas solat..rase2 tak pernah p terawih,pegi la terawih..kalu ade rase berdendam,benci ke,geram or so on.. kite berbaik2 lah yer..hehe,pandainye aku bg tazkirah..ape pon,semoga dapat menjalani ibadah puasa dengan baik dan sama2 kita sambut hari raya nnt..yg plg penting jgn lupa bermaafan..ok!..jya..