human to be…
Thursday, July 28th, 2005Kini aku sedar,aku dalam proses menjalani seorang
manusia..walaupun tidak sempurna,sekurang-kurangnya aku cuba berjuang
untuk diri aku sendiri. dalam proses
menjadi manusia ini, banyak perkara yang berlaku dan akan berlaku yang dapat
mematangkan akal fikiran kita dari segi bertindak dan berfikir.. kita tak tahu
apakah yang mungkin berlaku seterusnya. Lumrahnya kehidupan,hidup kita ada naik
turunnya. Bak air laut,ada pasang surutnya. Adakalanya kita berada di
atas,dilimpahi pelbagai kekayaan dan kecerdikan akal fikiran dan disenangi
ramai, siapa tahu kelak kita dilanda musibah, perkara yang kita usahakan selama
ini tidak mendatangkan hasil dan orang sekeliling kita mula memandang
rendah,meletakkan kita di tahap paling bawah sekali. Pelbagai situasi yang kita
tidak dapat jangka akan menimpa diri,walaupun kita yakin dengan diri kita. Kita
perlu sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan dan situasi,apa jua pasti
berlaku. Sudah jatuh,ditimpa tangga. Sungguh malang bukan..tiada siapa yang
ingin bernasib sedemikian . Pelbagai manusia,masing-masing lain jalan cerita
hidupnya. Mungkin ada yang sesetengah dari sekolah rendah sampai lah hidupnya
sekarang dia tidak pernah berdepan dengan sebarang masalah rumit. Sepanjang
pengajiannya,dia sentiasa dapat yang terbaik dan dia tidak mengalami kesukaran
untuk memahami dari segi pelajaran. Latarbelakang keluarganya biasa
sahaja,hubungan keluarga yang baik dan perhubungannya dengan manusia lain tiada
masalah. Pernahkah anda terfikir sekiranya,anda melalui saat getir dalam hidup
yang memerlukan anda berkorban? Adakah berbaloi pengorbanan anda itu? Dalam
soal hidup,banyak perkara yang anda perlu pertimbangkan..mungkin sesetengah
orang dia boleh abaikan tetapi tidak bagi insan lain kerana pandangan dan
situasi yang berbeza. Kadang-kadang orang berasa marah tidak puas hati dengan
diri kita sedangkan kita tidak tahu pucuk pangkalnya menyebabkan mereka berasa
demikian? Kita fikir dengan menyendiri tanpa melibatkan orang lain,orang tidak
memperkatakan tentang hal kita? Malah bila orang salah mebuat tafsiran tentang
diri kita,kita hanya mendiamkan diri atau kita akan membetulkan keadaan?
Perlukah? Hakikatnya mulut manusia tidak boleh ditutup..hanya tahu mengata,dan
merasakan firasat sendiri memang tepat dan sahih. Siapa tahu,semua itu hanyalah
kebetulan..tiada siapa jangka. Sudah begitu aturan hidupnya. Tak semua dari
kita yang mempunyai hubungan keluarga yang baik,di mana asasnya kehidupan
bermula dari situ. Kita belajar menghormati ibubapa,kita berkongsi sesama adik
beradik, kita dididik dengan nilai-nilai kasih sayang dan nilai murni. Ada juga
yang langsung tidak tahu bagaimana rasanya kasih ibu atau ayah kerana sejak
kecil lagi insan ini tidak wujud dalam diri mereka. Pakej keluarga mereka tidak
lengkap. Apatah lagi bagi mereka yang datangnya dari kelurga yang bercerai
–berai. Tiada siapa yang inginkan kehidupan begitu tetapi itu semua telah
ditetapkan. Begitu juga soalnya perhubungan sesama manusia di dalam meneruskan
kehidupan. Yang pasti,kita tak dapat hidup sendiri kerana kita saling memerlukan
antara satu sama lain.walau begitu adakalanya kita kena berdikari,tidak boleh
selalu mengharapkan bantuan orang lain. Apabila kita mampu melakukan
sendiri,itulah adalah yang terbaik untuk diri kita. Namun bukan bermaksud kita
boleh mengenepikan orang lain disisi kita. Adakalanya secara sedar atau
tidak,mereka sentiasa memberikan sokongan tanpa pengetahuan kita,sentiasa
mengambil berat sedangkan kita menganggap tiada orang yang kisah. Terima kasih.
Realitinya dalam kehidupan, banyak insan yang wujud dalam diri masing-masing dan setiap dari mereka ada
keutamaannya sendiri. kita tidak semestinya mendapat tempat pertama dalam hidup
mereka kerana kita kena ingat ,ada lagi insan lain yang wujud dalam hidup mereka. Terima sajalah seadanya
mereka,sebagaimana mereka menerima kebaikan dan kelemahan diri kita. Bila
diungkitkan soal hidup, ia melibatkan perasaan manusia,sikap dan asal-usulnya.
Perasaan manusia sentiasa berubah dari waktu ke waktu,adakalanya dia marah,dia
suka,dia sedih dan dia takut. Marahnya apabila dia tidak dapat mengawal
perasaan,rasa tidak puas hati terhadap sesuatu mungkin bersebab atau membuta
tuli. Sukanya dia di saat dia mencapai kejayaan,mendapat apa yang
dihajati,memperoleh kepuasan diri. Sedihnya apabila dia dikecewakan,dia dikhianati,dia
gagal dan dia tidak mendapat kepercayaan. Takutnya apabila berasa bersalah,
kurang yakin dalam diri dan berdepan dengan sesuatu yang tidak pasti. Sikap
pula,yang sentiasa diamalkan dari kecil hingga sekarang,atau baru diterapkan
dalam hidup. Ada yang tegas,peramah,penyayang,panas
baran,bertolak-ansur,memahami dan memberontak. Positif dan negatifnya dinilai
dari sudut pandangan tertentu,adakalanya bagus bersikap begitu untuk sesetengah
perkara dan mungkin tidak perlu begitu. Yang pasti,dalam hidup anda berjuang
untuk diri anda,memperbaiki diri demi kebaikan dan memperolehi apa yang
dihajati. Dan anda tidak boleh lupa pada insan -insan yang wujud di sekeliling
anda,kerana anda saling memerlukan dan diantara mereka ada yang pastinya amat
menyayangi anda dan tidak kurangnya yang tidak berpuas hati..jadi,pandai2 lah
anda menghadapi mereka ini dengan yang terbaik anda boleh lakukan
kerana Tuhan sentiasa permudahkan hambaNya yang berbuat baik.. sekian terima
kasih.