Archive for May, 2005

aqua heroes

Thursday, May 26th, 2005

 

Pernahkah anda berasa marah kerana merasakan orang yang sepatutnya bertanggungjawab tapi mereka tidak melakukannya dengan baik? Anda rasa mereka tidak layak bergelar sebagai ibu atau bapa anda? Pernahkah anda membohongi seseorang demi kebaikan orang lain? Dan akhirnya orang yang ditipu akhirnya mendapat tahu perkara sebenar.. anda pernah menyelamatkan seseorang,namun anda tidak berani mengakuinya kerana tidak mahu membesar-besarkan hal tersebut kerana khuatir dikatakan mengungkit..hmm, bagaimana pula sekiranya orang yang selama ini anda minati tapi ada insan lain yang cuba  mendekatinya. Anda hanya berdiam diri memendam perasaan? Dan anda amat menyukai seseorang ini,anda pernah nyatakan tetapi cinta anda ditolak mentah-mentah kerana dia menyukai rakan anda namun anda tidak pernah putus asa kerana anda yakin cinta anda sejati. Anda rapat dengan seseorang namun anda sendiri tidak pasti samada anda sukakan dia atau tidak. Dan akhirnya kamu dapati dia hanyalah menyusahkan kerana anda tidak senang semua hal anda diambiltahu. Kamu pula tidak suka kalah dan sentiasa ingin menang dan tunjuk hebat kepada orang orang lain yang anda boleh dapat apa yang kamu inginkan. Tapi kamu lupa tak semua orang akan menyukai anda dan tidak semestinya kamu akan dapat apa yang kamu inginkan namun anda bertuah kerana masih ada yang sayangkan diri anda. Kamu berasa sangat rendah diri dan tidak pasti samaada orang itu akan menyukai kamu hanya kerana kamu ada sedikit kelemahan. Kamu cuba sebaik mungkin untuk rapat dengannya dan layan dia dengan baik tanpa buat dia perasan bahawa kamu sukakan dia. Kamu mendapat tahu bahawa ada seseorang diluar sana yang meminati kamu dan kamu tahu siapa orangnya dan kamu berasa amat senang sekali bila bersamanya namun sekali anda tersilap langkah ,pasti sukar untuk dia terima kamu kembali. Kamu berasa iri hati apabila si dia melayan orang lain dengan baik sekali,dan kamu sering ternampak perkara yang menunjukkan si dia sukakan orang lain dan bukannya kamu. Anda mendapat tahu bahawa rakan anda telah mengkhianati anda selama ini. Anda tidak dapat menerima hakikat bahawa kawan anda tergamak melakukan perkara sedemikian. Kamu rapat dengan seorang kawan namun kamu tak pernah serius dengannya hanya kerana dia tidak kaya seperti yang kamu inginkan. Kamu tidak kisah sekiranya rakan2 kamu berminat dengan teman lelaki kamu kerana sasaran kamu adalah boyfren kaya,tetapi apakah reaksi anda bila mendapat tahu yang sebenarnya teman lelaki kamu itu adalah disebaliknya? Kamu akan kembali padanya walaupun sebelum ini kamu tidak pernah terfikir untuk berbuat demikian? Selama ini kamu tidak pernah berkorban untuk sesiapa,namun kali ini kamu sanggup berbuat apa sahaja demi sekumpulan rakan2 baru kamu kerana sebelum ini kamu tidak pernah mempunyai kawan2 yang melayan kamu dengan baik. Dan pengorbanan kamu amat berbaloi dan pastinya kamu berasa sangat gembira.

amalan orang dulu2

Thursday, May 26th, 2005

Saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua. Sekiranya hal ini tidak berlaku saya pasti tidak tahu tentangnya. Pernahkah anda mendengar cerita mengenai kisah zaman nenek moyang kita yang mengamalkan ajaran atau petua tertentu untuk kepentingan diri sendiri mahupun orang lain?.. sayapon kurang pasti tentang hal ini tapi menurut cerita mama saya, dia kata orang dulu2 banyak ilmu pakai. Kalau zaman dulu,kebanyakan lelaki suka kahwin banyak dan ada sesetengah dari mereka mempunyai gundik dalam diam2. so,nenek moyang diorang nih biasanya bagi petua atau ilmu pada anak2 mereka ni supaya nanti mereka kawin dan lelaki mereka tak kawin lain. Dia akan turunkan ilmu mereka kepada anak itu, samada dalam bentuk ayat atau benda dan anak itu dikehendaki bagi pengeras kepada orang yang akan menurunkan ilmu tersebut. Bagi orang lelaki,pengeras tersebut adalah kain pelikat,duit(dalam 10-30 ringgit) dan keperluan lain manakala perempuan pula kain batik dan duit. Petua atau ilmu ini biasanya untuk menjadikan orang menghormati kepada kita,orang takut/gerun kepada kita, orang tertarik pada wajah kita yang cantik,orang suka pada kita dan lebih keutamaan dalam hubungan suami isteri. Biasanya ia mengikut golongan dan keturunan tertentu. Kalau ada keturunan mereka yang mengamalkannya,maka ada antara ahli keluarga mereka yang mungkin menggunakan ilmu ini. Kalau cara modennya,bagi perempuan yang ingin cantik mereka menggunakan susuk atau sebagainya. Namun kita tahu bahawa amalan ini adalah syirik dan sangat dimurkai Tuhan. Bagi yang menggunakan ayat atau petua tuh, ayat tuh bukan lah ayat al-Quran tapi mungkin dalam bentuk memuja dan sudah pasti ia amat dilarang dalam islam kerana kita tidak meminta pertolongan dari Tuhan sebaliknya dari makhluk lain. Bagi yang mereka yang mengamalkan ayat ini,mereka tidak boleh berhenti mengamalkannya melainkan mereka berjumpa kembali dengan tuan yang telah menurunkan ilmu tersebut kepada mereka supaya mengambil kembali ilmu tersebut dan sekranya pemberi ilmu itu telah tiada,maka dia perlu mencai orang lain yang juga mempunyai ilmu trsebut untuk dibuang dalam dirinya. Mereka juga tidak boleh memberitahu kepada orang lain yang mereka mengamalkan ayat tersebut kerana dikhuatiri ia tidak menjadi dan yang demikian tiada siapa yang tahu siapa di antara kita yang mengamalkannya sehinggalah tiba saat kematian mereka. Biasanya mereka tidak dapat ‘pergi’ dengan mudah kerana terdapat kesukaran yang berlaku dalam diri mereka seolah ada perkara yang belum selesai sebelum meninggalkan dunia ini. Mereka akan berkelakuan ganjil mungkin juga bertindak diluar dugaan kita. Saya tidak berani hendak mengolah tentang perkara ini lebih2 kerana ia berkaitan dengan makhluk halus dan tidak mahu menuduh sembarangan terhadap mereka ini. Mungkin sebelum ini saya tidak mempercayai dan kini apabila saya melihat saudara terdekat saya sendiri mengalaminya ia mungkin betul dan mungkin tidak. Ia hanyalah andaian manusia, hanya Tuhan sahaja yang tahu kebenarannya. Wallahualam.

akademi fantasia musim ke-3

Thursday, May 26th, 2005

Akademi fantasia musim ke tiga

Pada musim ini,terdapat satu kelainan berbanding af pada musim lepas.

Seramai 20 orang peserta yang telah dipilih dan hanya 12 yang terbaik di antara mereka yang akan diserap masuk ke dalam akademi. Haa..bagaimana? 20 peserta tersebut ialah isa kumar(Sarawak), norashikin abd.rahman(labuan), nik aidil(kl), amylea(kedah), yazer(sabah), shiha(kl), azlif(johor), amy(Sarawak), reza(kl), Diana(kl), fuad(kl), marsha(tamparuli,sabah), asmawi ani(kulai,johor), elizza(perak), kefli(kl), akma(kl), haider(Sabah), rina(perak), felix agus(kota belud,sabah), dan idayu(kelantan). Secara sekali imbas melihat ke-20 pelajar ini,saya lebih berminat pada

gaya

reza,namun dari sudut suara dan bakat,saya rasa mawi adalah yang terbaik. Namun pada konsert prelude af baru2 ini yang mana kesemua peserta dikehendaki membuat persembahan untuk dinilai ternyata hebat2 belaka. Ekin,gadis genit yang cantik ini mempertaruhkan vokalnya yang hebat dengan menyanyikan lagu siti nurhaliza,dialah dihati. Isa juga turut menyanyikan lagu aku cinta kamu dengan baik namun dia kelihatan seperti takut2 di atas pentas. Reza menyanyikan lagu ku harap cinta dendangan kump. Nowseeheaart dengan penuh perasaan. Walaupon berimejkan stylo dan funke,dia berjaya membawa lagu rentak perlahan dengan baik. Marsha,persis sheril merlis ini mempunyai lunak suara seperti syafinaz dan ning baizura tetapi sayangnya semasa prelude dia menghadapi sakit kerongkong yang tidak dapat mengeluarkan suara dengan baik dan tidak dapat membuat persembahan. Felix pula menyampaikan lagu bob,cinta seorang teman dengan baik sekali. Mawi pula,sesimple yang mungkin dan mempunyai senyuman manis ini pada awal lagi berjaya memikat para penonton dengan imejnya tersendiri. Mawi menyamaikan lagu Intifada dendangan kump.rabbani dengan alunan suara yang sungguh merdu dan jelas,maklumlah pernah jadi Qari untuk tilawah Al-Quran,bila menyanyi pastilah lagi sedap suaranya. Mawi juga mencipta rekod sebagai orang yang baru nak bergelar bintang yang mempertaruhkan lagu nasyid dalam pertandingan. Syabas buat mawi namun sayangnya apabila Mawi tidak berjaya dipilih sebagai 12 pelajar akademi fantasia. Ramai penonton yang tidak berpuas hati apabila mawi tidak terpilih. Apa boleh buat,keputusan juri muktamad. Mawi,isa,haider,azlif,shiha,Diana,rina dan marsha adalah 8 orang peajar yang disingkir dari akademi fantasia. Apakah nasib mereka seterusnya? Adakah mereka sekadar dipermainkan selepas dipilih sebagai 20 orang dan kemudian kecundang di tengah jalan?? Mengapakah mereka yang mempunyai vocal yang bagus tapi tidak terpilih hanya kerana dikatakan merka salah pilih lagu? Adakah logic alasan salah pilih lagu sekiranya lagu itu adalah yang paling sesuai dengan jiwa mereka? Tidak semestinya mereka yang pertama kali buat persembahan dengan penuh yakin dan merasakan mereka hebat di pentas itu adalah yang terbaik.. walauapapun,kita nantikan kejutan seterusnya di dalam akademi fantasia musim ketiga ini.

kawan,teman,sahabat n rakan…

Thursday, May 12th, 2005

I would like to write about friends. Friend means kawan in malay. But in Bahasa melayu ,there are kind of ‘kawan’. Instead of kawan,there also teman,sahabat n rakan-rakan. Each of this has it’s own definition depends on everyone thought. Ade certain yang menganggap kawan,teman ,sahabat sama sahaja berbeza dari segi ejaan. Namun bagi saya,it’s totally different. Everyone can be my ‘kawan’ but yet to be teman or sahabat is hard to say. Why?? Kawan adalah peringkat permulaan perkenalan kita dengan seseorang. Contohnya kita ke sekolah,dimasukkan dalam sebuah kelas yang menempatkan beberapa orang pelajar lain,pergi kuliah,bergantung pada subjek yang kita ambil dan pastinya ahli dalam kelas bagi setiap subjek adalah orang yang berbeza,right??.. kita tahu nama,umur dan asal mereka,habit fizikal but we didn’t know their family siapa? Siapa ahli keluarganya? Sejarah hidup mereka?  And so on.. we just get to know each other b’coz kita ditempatkan in the same place but there is no chemistry,hard frenship between us..chemistry haa?? We always meet her/him incidentally,n we greet each other by saying hi or hello, n end. No shakehand,spend time 1-2 hours together,sharing ideas n story also having a jokes..hahahha such like that.. then we start treat each other nicely..keep the relations,keep in touch time by time,day by day never missed! We went to class together, lunch the same meals,play balls,and study neatly,having fun and enjoy each other..wow! so great the feeling right… itu maknanya, kita sudah diterima menjadi seorang teman,naik pangkat le sket dari jadik kawan jerr..hehehe..b’coz most of the time kita bersamanya,kita menemani dia sepanjang masa,right? Teman setia..really? and we know what was happened all day long n share the same life story. For the example,pastinya anda pernah bersama teman anda ke mana-mana and tanpa disangka anda terserempak dengan seorang selebriti yang anda berdua sama-sama minati..then u all dapat berbual dengan selebriti ini dengan baik walaupon sekejap and it will be a great moment for both of us b’coz we can feel the same thing and kita takkan lupakan saat2 itu… differently wif sahabat,even though we don’t see each other everyday,we don’t meet for a long time,we stay apart but the strong feel of friendship very hard deep inside in our heart make us to be ‘sahabat’. Kita selalu dengar ungkapan ‘sahabat sejati’.isn’t it? Haa..that’s it..it’s hard to find one but if you do,u should thankful to Allah sebab kurniakan anda seorang sahabat ini. Yang bestnya,walaupon dia tak bersama kita,dia ada jauh daripada kita tapi bila kita teringatkan dia,kita berutus surat atau emel,berchatting kita rasa dekat dengan dia,we can feel that her is just next to us,kita rasa gembira hendak berkongsi cerita dengan dia dan dia memahami apa yang kita rasa. Seronokkan berperasaan sebegitu?? Betapa kuatnya instinct dan chemistry antara kita..itulah kuasa Tuhan. Even yang ada dekat dengan kita hari-hari pon kita tak rasa hebat sebegitu. Kita tak rasa seronok berbual dengan dia..tapi,apa bezanya dengan rakan karib or bestfriend? Sahabat terdekat untuk berkongsi masalah dan menolong kita. Tak semua orang rasa dia ada bestfriend even ada orang menganggap mereka sebegitu. Kenapa?? Kerana istilah bestfriend ini terpulang pada individu. Ia tidak perlu diiktiraf oleh kedua belah pihak,kalau dua2 pon suka lagi bagus. Cukup dengan dianggap seorang kawan yang baik sudah memadai. Hmmmm…complicated jugak yer..tapi tak kisah ler,asalkan kita banyak kawan jangan banyak lawan..hehe..one more thing,rakan-rakan. Perkataan rakan jarang disebut but usually rakan-rakan. Ini menunjukkan ia adalah bilangan yang ramai. Mungkin lebih tepat ia adalah sekumpulan kawan,member atau gang. Kita boleh nampak yang member nih ada kuota tertentu,terpulang kepada keserasian kumpulan sekawan itu. Mereka sering bersama,kalau tak cukup seorang,maknanya adalah yang tak kena tuh..nape yerk?? Biasalah,tak semua ahli dalam kumpulan itu dapat terima sikap semua ahli yang lain. Lumrah, dalam kroni ni tak semua rapat antara satu sama lain dan pasti ada yang tak ngam. Tapi tak best lah kalau nak carik pasal yer tak,selagi kita boleh terima sikap die n die menghormati kita,itu sudah cukup. Seronok kalau ade kawan2 yang sekepala nih,tapi tersiksa gak kalau semua buat tak endah kat kita.. entahla, terpulang pada masing2 kan,janji anda bahagia..hehe.. cuma nasihat saya,berkawan berpada-pada, bermusuh jangan sekali. And anda patut bersyukur kerana ada orang yang sudi hendak berkawan anda dan hargailah kawan anda itu sebaiknya. “to know the value of friends, LOSE one”